? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI 2 - ULASAN JURNAL

Jurnal 1

Collaborative Action Research for Reading Strategy Instruction : A Case in Taiwan

Pernyataan Masalah :
Kaedah pengajaran tradisional telah melahirkan pelajar yang berpencapaian rendah & kurang penglibatan di dalam kelas.

Objektif kajian :
Untuk meningkatkan prestasi pelajar asing dalam kelas membaca Bahasa Enggeris dan meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.

Matodologi Kajian:
pernyataan permasalahan, perancangan, ambil tindakan, pemerhatian, dan refleksi.

Pengumpulan Data :
penilaian awal dan penilaian akhir ke atas pelajar, temubual

Analisis Data:
3 peringkat:
1. organising data;
2. coding data; dan
3. analisis serta mengenterpretasi data.


Kaedah Penyelesaian :
• Pelbagai kaedah / strategi membaca dilaksanakan di dalam kelas membaca Bahasa Enggeris iaitu paraphasing, rereading, solving the vacabulary problem, recognizing text structure, interpreting information, connecting text with prior knowledge, monitoring comprehension, posing questions dan syntactic analysis


Dapatan Kajian :
• Melalui kepelbagaian kaedah yang dijalankan dalam kelas membaca, di dapati ianya telah dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas membaca dan juga dapat meningkatkan prestasi pelajar asing tersebut dalam kelas membaca Bahasa Enggeris terutamanya melalui kaedah solving the vacabulary problem dan connecting text with prior knowledge.(peningkatan prestasi yang mendadak)


Komen : Kaedah/kajian tindakan yang dijalankan penulis adalah berkesan. Kepelbagaian stategi membaca yang digunakan telah dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar, meningkatkan tahap pemahaman pelajar seterusnya meningkatkan prestasi pelajar.




Jurnal 2

Pernyataan Masalah :
• kaedah pengajaran tradisional telah melahirkan pelajar yang pasif, kurang interaksi sosial, berpencapaian rendah & kurang penglibatan di dalam kelas.

Matodologi Kajian:
pernyataan permasalahan, perancangan, ambil tindakan, pemerhatian, dan refleksi.


Kaedah Penyelesaian :
• pengkaji mencadangkan kaedah P&P berasaskan 2 hala yang lebih kepada pendekatan berpusatkan pelajar menggantikan kaedah pengajaran tradisional (1 hala) yang berfokus kepada pengajaran berpusatkan guru.

• Kaedah tersebut melibatkan aktiviti dalam kelas seperti aktiviti permainan dan perbincangan antara pelajar dan seterusnya dikembangkan kepada antara pelajar-guru.

Dapatan Kajian :
• Melalui pengamatan pengkaji, pelajar mula memperlihatkan keyakinan untuk berinteraksi antara rakan, guru dan masyarakat sekeliling. Pelajar juga menjadi lebih berani untuk bercakap di hadapan kelas atau dalam majlis-majlis ilmu. Selain itu, pencapaian pelajar dalam ujian juga adalah meningkat.

Komen : Kaedah/kajian tindakan yang dijalankan penulis adalah berkesan. Kaedah P&P 2 hala dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan pelajar. Pelajar dilihat menjana lebih banyak idea dan memberi pendapat di dalam kelas melalui perbincangan menggunakan kaedah jigsaw dan think pair share. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar tersebut meningkat.




Jurnal 3

Building Information Literacy : an Action Research Approach By : Helen Schutz, Alison Pick and Gina Knox (3 experienced teachers from Sydney Schools)

Persoalan Kajian:
1. Adakah kajian tindakan merupakan sesuatu yang bernilai yang boleh digunakan oleh guru perpustakaan untuk meningkatkan hasil daripada pembelajaran di dalam kebolehan membaca dan menulis informasi yang diberikan guru?
2. Adakah dengan penglibatan daripada guru perpustakaan boleh melakukan sesuatu perubahan kepada kebolehan pelajar menguasai kemahiran informasi?

Sample dan setting Kajian:
Pelajar daripada dua kelas tahun 8 di dalam Kelas Sejarah.

Metodologi:Pelajar telah diberikan tugas berdasarkan kepada topik sejarah iaitu “The Black Death” dengan mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian serta perlu penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang.
Tugasan dilakukan secara online sepenuhnya dan menggunakan website yang menghubungkan semua pelajar yang direka khas oleh guru perpustakaan.

Pengumpulan dan Analisis Data :
1. Pelajar dinilai dengan melihat kepada bagaimana pelajar mengenal pasti kata kunci dan membina soalan yang perlu diberi perhatian.
2. Pelajar juga dinilai dengan melihat kepada penghasilan peta minda digital dan mengkategorikan soalan susah dan senang.
3. Guru kelas melakukan pemerhatian terhadap pelajarnya.
4. Guru perpustakaan melakukan temuduga kepada pelajar.

Etika Kajian:
Di dalam tugasan yang diberikan, pelajar dibekalkan dengan papan hitam elektronik, software peta minda, dan Microsoft Publisher.

Hasil Kajian:
1. Guru kelas memberikan komen yang positif terhadap tugasan yang telah diberikan terutama guru yang mengajar kelas sederhana agak terkejut kerana tidak pernah melihat pelajarnya begitu komited terhadap sesuatu tugasan.
2. Pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya.
3. Guru daripada kedua-dua kelas tersebut percaya mereka telah memandang rendah terhadap kebolehan pelajarnya untuk melakukan tugasan tersebut namun pelajar berjaya melakukannya.
4. Pelajar merasakan mereka akan lebih faham apa yang ingin dibuat selepas ini jika diberikan tugasan oleh guru.



BANDINGKAN MASALAH YANG DIBINCANGKAN DI DALAM KETIGA-TIGA JURNAL

Semua pengkaji mengkaji masalah yang berbeza dan setiap pengkaji mempunyai matlamat tersendiri kenapa mereka melakukan kajian mereka itu terhadap sample yang dipilih. Jurnal pertama dan ketiga menjadikan pelajar sebagai sample manakal jurnal kedua menjadikan guru sebagai sample.

Jurnal pertama mengkaji kaedah yang sesuai untuk meningkatkan prestasi dan penglibatan aktif pelajar dalam kelas membaca bahasa English oleh pelajar asing.

Jurnal kedua pula menekankan kepada penggunaan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan komunikasi 2 hala untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial pelajar

Jurnal ketiga pula mengkaji adakah dengan bantuan guru perpustakaan yang memberikan tugasan yang berasaskan teknologi kepada pelajar mampu meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap pembelajaran.


BANDINGKAN BAGAIMANA PARA PENGKAJI MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Kesemua jurnal menjalankan beberapa proses yang terlibat dan menyerupai proses perlaksanaan kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi di dalam proses kajian mereka itu.


APA YANG DIPELAJARI DARIPADA KETIGA-TIGA JURNAL

Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti masalah yang berlaku tidak kira di mana sahaja contohnya seperti di dalam bilik darjah sama ada melibatkan diri para pelajar, suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin dilakukan. Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek seperti langkah-langkah yang ingin diambil, perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut, cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat dan bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai ataupun tidak.