? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13 - TUGASAN 4 MINI KT

Tajuk " Pembelajaran Kooperatif Berasaskan Bahan Maujud."

.:: MATLAMAT ::.

Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran
Perdagangan dan Sains

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.

•Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.
•Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
•Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.


.:: PERSOALAN KAJIAN ::.


•Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains?
•Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?


Bahan Maujud

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu bahan asli, bahan awet dan spesimen. Bahan asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Bahan awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.


Pendekatan Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Kooperatif ialah teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
Keperluan pertama dalam struktur pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah pelajar perlu percaya bahawa mereka ”sink & swim together”. Dalam pembelajaran kooperatif juga, pelajar mempunyai dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberi dan mamastikan semua ahli mempelajari bahan yang diberi.

Pembelajaran Kooperatif secara Traditional melibatkan 3-4 orang pelajar yang bekerjasama dalam satu-satu kumpulan untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau projek dimana setiap ahli perlu terlibat bagi menjayakan sesuatu projek / tugasan tersebut. Interaksi samada secara verbal atau bertulis dengan orang lain akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam.


Terdapat lima ciri-ciri / unsur dalam pembelajaran kooperatif (Johnson & Johnson 2004) adalah seperti berikut:
 Kumpulan kecil = 3 – 4 orang sahaja
 Tumpukan kepada tugas yang perlu disempurnakan
 Memerlukan interaksi dan kerjasama kumpulan
 Memberi tanggungjawab kepada individu untuk belajar
 Menyokong pembahagian tugas


Sifat Pembelajaran Kooperatif
Model pembelajaran kooperatif yang tradisional memberikan lima sifat bagi pembalajaran kooperatif (Jacobs, Power, & Loh 2002; Johnson & Johnson 2004) seperti berikut:

Saling bergantungan yang positif
 Pengalaman pelajar pada zaman dahulu adalah lebih kepada bergantungan bersifat negatif iaitu sistem pengurusan yang menggalakkan pelajar bersaing antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan. Persaingan mampu menggalakkan pelajar untuk melakukan yang terbaik untuk berjaya, didalam pembelajaran kooperatif pelajar akan bekerjasama dengan pelajar yang lain untuk sama-sama mencapai kejayaan. Inilah yang dikatakan saling bergantungan yag positif. Saling bergantungan yang positif berlaku apabila mereka percaya bahawa mereka tidak akan berjaya kecuali jika ahli kumpulannya juga berjaya dan mereka mesti bergabung tenaga untuk menyelesaikan tugas yang diberi.

Interaksi bersemuka
 Dalam situasi pembelajaran kooperatif pelajar berinteraksi secara langsung antara satu sama lain untuk berkongsi idea dan pandangan, memberi bantuan dan pertolongan kepada ahli, bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kejayaan ahli

Akauntabiliti individu
 Dalam pembelajaran kooperatif pelajar perlu tahu bahawa dia perlu menyiapkan tugasan dan kerja yang diberikan dan menjadi sebahagian daripada komponen pelengkap kepada tugasan kumpulan untuk memastikan setiap pelajar mempunyai akauntabiliti individu, guru perlu mengenalpasti usaha yang disumbangkan setiap ahli dalam kumpulan, memberi maklum balas kepada individu dan kumpulan serta memastikan setiap ahli bertanggungjawab kepada hasil akhir sesuatu tugasan.


Kemahiran bersosial (kemahiran Interpersonal dan kumpulan kecil)
 Pembelajaran kooperatif memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran interpersonal untuk berjaya di sekolah, di tempat kerja dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu bergerak aktif mengajar dan memantau kegunaan kemahiran sosial anda perlu mengajar kemahiran sosial pada setiap hari, meminta pelajar untuk mempraktikkan sesetengah kemahiran dalam kumpulan kooperatif mereka dan meminta pelajar memberi maklum balas atas proses interaksi dan sosial (Abruscato 1994; Kagan 1999; Wolford, Heward & Alber 2001).

Proses penilaian kumpulan
 Kumpulan perbincangan pelajar perlu menilai untuk melihat sejauh mana kumpulan mencapai matlamat, apakah tindakan yang akan membantu kumpulan mereka dan bagaimana berinteraksi di dalam kumpulan. Mereka perlu menyatakan penilaian ini dengan jelas semasa perbincangan kelas atau mengemukakan kepada guru dalam bentuk laporan yang lengkap. Pelajar juaga perlu mempunyai cara terbaik untuk mengemukakan masalah kumpulan kepada guru. Sebagai guru anda perlu membuat perancangan untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah dan konflik.

Tuesday, December 1, 2009

TUGASAN 1 - ULASAN BUKU

TAJUK BUKU : DOING ACTION RESEARCH IN EARLY CHILDHOOD STUDIES (A STEP BY STEP GUIDE)

PENGARANG : GLENDA MAC NAUGHTON AND PATRICK HUGHES

TERBITAN : THE MC GRAW HILLS COMPANIES, 2009


MAKSUD KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah satu proses kitaran kita BERFIKIR - LAKUKAN - BERFIKIR semula untuk mengkaji dan mencipta perubahan. Kita berfikir tentang apa yang telah kita lakukan sekarang, kemudian kita lakukan sesuatu perubahan atas apa yang kita sedang laksanakan dan akhir sekali kita akan berfikir kembali tentang perkara yang telah dilakukan dan apakah kesan-kesannya.

Apa yang kita fikir berkaitan dengan apa yang kita amalkan dan akan membentuk amalan kita, dan apa yang kita amalkan akan membentuk pemikiran kita pada masa hadapan. Pengkaji tindakan melihat ini sebagai proses kitaran berfikir – lakukan – berfikir. Kajian tindakan bisanya bermula daripada satu harapan, keinginan dan impian untuk mencipta perubahan ke arah yang lebih baik.


TUJUAN / MENGAPA MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1) Pengkaji menjalankan kajian tindakan dalam pembelajaran awal kanak-kanak kerana pengkaji memiliki harapan, impian dan juga keinginan untuk meningkatkan cara hidup kanak-kanak, ibu bapa dan juga rakan sekerja mereka
2) Untuk menggalakkan, membolehkan dan memberikan inspirasi kepada individu yang terlibat di dalam pembelajaran awal kanak-kanak supaya menggunakan kajian tindakan untuk mencipta keprofessionalan dan perubahan sosial di dalam bidang mereka.
3) Untuk berkongsi kajian tindakan yang telah dijalankan tersebut dengan orang lain yang terlibat dalam bidang yang sama.
4)Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku.


BILA KAJIAN TINDAKAN INI DILAKUKAN?

• Apabila sesuatu permasalahan atau kelemahan telah dapat dikenalpasti
• Apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.


DI MANA GURU MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN
• Di dalam bilik darjah
• Di sekolah atau universiti

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN?

Berdasarkan buku yang dibaca, pengkaji membuat kajian tindakan dengan melalui 4 kitaran (Fasa 1 hingga 4) seperti berikut:


FASA 1 : MEMILIH UNTUK BERUBAH

1) PEMILIHAN TOPIK

• Menentukan topik untuk kajian tindakan yang hendak kita jalankan.
• Contoh topic adalah penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran, suara/ pendapat pelajar dalam kurikulum, anti-bias kurikulum.
• 4 ciri yang perlu dititikberatkan dalam penentuan pemilihan topik adalah seperti berikut:
a) Pengkaji berniat untuk meningkatkan atau merubah sesuatu keadaan
b) Meningkatkan amalan sosial – dengan menemui kaedah atau teknik terbaru.
c) Cipta sesuatu ilmu pengetahuan yang baru tentang sesuatu amalan sosial
d) Mengekalkan kerelevanan sesuatu perkara.


2) BERTANYA SOALAN (Isu/ Persoalan) - Memikirkan tentang persoalan kajian



FASA 2 : MERANCANG UNTUK BERUBAH

3) MEMENUHI KELUARGA KAJIAN TINDAKAN

• Keluarga kajian tindakan menggambarkan hubungan antara perbezaan hasil dari refleksi –perkaitan – dan pendekatan kajian tindakan.
• 2 branch – kajian tindakan untuk perubahan professional
- kajian tindakan untuk perubahan sosial
• Pendekatan yang berbeza digunakan pada tempat dan masa yang berbeza

4) LAKUKAN LITERATURE REVIEW

Belajar dengan lebih mendalam tentang topik kajian dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas yang yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas.
Beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam memilih kajian ke perpustakaan adalah seperti berikut:
a) hadkan tempoh masa kajian – contohnya; ambil dalam tempoh 2 tahun yang lepas
b) hadkan jenis kajian ke perpustakaan – contoh; Cuma ambil artikel asal yang didownload dari internet.
c) Hadkan jenis pembelajaran – Cuma cari kajian tindakan berkaitan pelajar, guru dll
d) Hadkan perspektif teoritikal – Cuma cari kajian yang berasaskan teori social, teori perspektif gender


5) TANGGUNGJAWAB ETIKA

4 prinsip etika yang boleh membantu melaksanakan kajian :

* cari dan ikut etika yang sesuai untuk mengkaji di dalam "kawasan" kita
* kurangkan keburukan dan tingkatkan kebaikan
* dalami tentang maklumat penting dan masukkan di dalam kajian tersebut
* kekalkan keadaan asal dan elakkan maklumat yang tanpa kebenaran


6) REFLEKSI DAN KRITIKAL REFLEKSI

* Pengkaji akan melakukan refleksi apabila beliau merasa terdapat kekurangan/ masalah/ perasaan ingin tahu terhadap sesuatu.

* Berfikir tentang apa yang telah kita dilakukan pada masa lepas dan dan apa yangsedang kita lakukan pada hari ini untuk tujuan memperbaikinya dan membuat pembaharuan.


7) PEMETAAN PRAKTIKAL

Adalah lebih fokus kepada soalan kajian, teknik dan sumber. Contoh kajian adalah untuk mengkaji hubungan murid lelaki di dalam pembelajaran pra-sekolah. Oleh itu pemetaan praktikal adalah dengan memikirkan sumber praktikal yang perlu diubah iaitu bagaimana mereka bekerjasama dengan murid lelaki di dalam program pra-sekolah.


8) MERANCANG KAJIAN SUPAYA TELITI DAN KESAHAN

Kajian yang teliti dan sah boleh mengukur dan mengadili kualiti dan ketulenan sesuatu kajian tersebut dan hasil pencarian kajian tersebut


FASA 3 : MENCIPTA PERUBAHAN

9) MEMBENTUK KUMPULAN KAJIAN TINDAKAN

Kolaborasi di dalam kumpulan kajian tindakan sangat membantu sesuatu kajian.
Kolaborasi akan memberikan dorongan, galakan dan inspirasi di dalam pemikiran dan kelakuan. Para pengkaji mampu menggabungkan kemahiran, semangat, keinginan dan juga komitmen antara pengkaji.


10) MENDAPATKAN DATA ASAS

* Data-data yang penting perlu diperolehi untuk dijadikan bukti dan akan menghasilkan kesimpulan di akhir kajian.

*Data boleh berbentuk kualitatif ataupun kuantitatif.

*Sumber data di peroleh melalui :
- pemerhatian
-interview
-data dari contoh hasil kerja
-portfolio dan gabung semua atau sebahagian daripadanya.


individu yang terlibat dalam pengumpulan data:
- guru
- kanak-kanak
- ibu bapa
- rakan sebaya dan lain-lain.


Tempat kumpul data
- kelas
- rumah
- kawasan komuniti


Cara mendokumentasikan data :

- Nota bertulis
- kamera termasuk kamera handphone
- rekod audio
-rekod video
-persembahan/ pembentangan peserta
- contoh kerja
- jurnal peserta.



11) CIPTA PERUBAHAN DAN KUMPUL DATA TENTANG KESANNYA


* perubahan yang dilakukan biasanya akan memberikan kesan samada positif ataupun negatif.
* kumpul maklumat mengenai kesan-kesannya dan lakukan analisis terhadap kesan tersebut


12) ANALISIS DATA

4 bentuk menganalisis data :

- menyusun data untuk analisis
- mengkod data
- tapis data
- menganalisis data dan mempamerkan hasil keputusan


13) MENDALAMI SECARA KESELURUHAN DATA TERSEBUT

4 teknik :

- lakukan refleksi
- kritikal refleksi
- merujuk kepada kajian yang lepas
- fokus kepada maklumat utama sahaja



14) PILIH TOPIK/ ISU BARU UNTUK DIUBAH YANG BOLEH MEMBANTU UNTUK KAJIAN YANG SETERUSNYA ( KEMBALI KEPADA FASA 1 ATAU PINDAH KE FASA 4)



FASA 4 : BERKONGSI HASIL KAJIAN

15) MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA ANALISIS DATA

* Kita akan membuat kesimpulan daripada analisis ke atas data yang telah dilakukan.
* Seterusnya, kita akan membuat keputusan/ kesimpulan apakah hasil kajian kita.
* Apakah pembaharuan / perubahan yang berlaku bermula dari mula kajian dijalankan.
* terangkan kenapa berlakunya perubahan dan akhir sekali adalah apa yang dipelajari daripada kesan yang wujud.


16) BERKONGSI PENGETAHUAN MENGENAI PROJEK ANDA

• Laporan projek secara formal
• Artikel akademik
• Bab dalam buku
• Artikel dalam majalah
• paparan dalam website (blog)
• Pembentangan formal seperti di persidangan
• Pembentangan tidak formal – kepada rakan-rakan dan keluarga