? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI 8 – TUGASAN 4 MINI KT


Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran Perdagangan ialah dengan cara menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud.


Pembelajaran Kooperatif ialah teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
Keperluan pertama dalam struktur pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah pelajar perlu percaya bahawa mereka ”sink & swim together”. Dalam pembelajaran kooperatif juga, pelajar mempunyai dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberi dan mamastikan semua ahli mempelajari bahan yang diberi.


Antara kelebihan menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif adalah seperti berikut:

 Meningkatkan kemahiran belajar dari segi akademik mahupun kemahiran sosial pelajar

 Memberi peluang pelajar membuat keputusan

 Meningkatkan lagi semangat/minat untuk belajar dan keazaman untuk mencapai kejayaan dari segi akademik

 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif

 Meningkatkan keyakinan diri pelajar

 Mewujudkan kepelbagaian dari segi teknik pembelajaran

 Mewujudkan rasa tanggungjawab pelajar

 Tumpuan kepada kejayaan setiap individu


Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains, tepung, buluh dan sebagainya.

Justeru itu, kami berpendapat bahawa penggunaan bahan maujud perlulah digabungkan bersama dan berjalan seiring dengan pendekatan pembelajaran kooperatif supaya setiap aktiviti yang dijalankan melalui pendekatan kooperatif tersebut akan menjadi lebih bermakna. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh memberikan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Penggunaan bahan maujud juga dapat meningkatkan kretiviti, motivasi dan daya ingatan pelajar. Pelajar juga akan rasa lebih seronok dan memberikan lebih tumpuan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan melalui pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud dalam subjek Perdagangan.