Tajuk " Pembelajaran Kooperatif Berasaskan Bahan Maujud."
.:: MATLAMAT ::.
Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran
Perdagangan dan Sains
.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.
•Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.
•Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
•Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.
.:: PERSOALAN KAJIAN ::.
•Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains?
•Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
Sunday, November 22, 2009
AKTIVITI 9: TUGASAN 4 – KT MINI
Posted by omeyza at 6:49 AM
AKTIVITI 8 – TUGASAN 4 MINI KT
Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran Perdagangan ialah dengan cara menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud.
Pembelajaran Kooperatif ialah teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
Keperluan pertama dalam struktur pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah pelajar perlu percaya bahawa mereka ”sink & swim together”. Dalam pembelajaran kooperatif juga, pelajar mempunyai dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberi dan mamastikan semua ahli mempelajari bahan yang diberi.
Antara kelebihan menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif adalah seperti berikut:
Meningkatkan kemahiran belajar dari segi akademik mahupun kemahiran sosial pelajar
Memberi peluang pelajar membuat keputusan
Meningkatkan lagi semangat/minat untuk belajar dan keazaman untuk mencapai kejayaan dari segi akademik
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif
Meningkatkan keyakinan diri pelajar
Mewujudkan kepelbagaian dari segi teknik pembelajaran
Mewujudkan rasa tanggungjawab pelajar
Tumpuan kepada kejayaan setiap individu
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains, tepung, buluh dan sebagainya.
Justeru itu, kami berpendapat bahawa penggunaan bahan maujud perlulah digabungkan bersama dan berjalan seiring dengan pendekatan pembelajaran kooperatif supaya setiap aktiviti yang dijalankan melalui pendekatan kooperatif tersebut akan menjadi lebih bermakna. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh memberikan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Penggunaan bahan maujud juga dapat meningkatkan kretiviti, motivasi dan daya ingatan pelajar. Pelajar juga akan rasa lebih seronok dan memberikan lebih tumpuan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan melalui pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud dalam subjek Perdagangan.
Posted by omeyza at 6:29 AM
AKTIVITI 7 – TUGASAN 4 MINI KT
KELEMAHAN pengajaran subjek Perdagangan adalah seperti berikut:
1. Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan)
2. Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar membuat nota dan hafal
3. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran.
4. Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar
5. Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat.
6. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu.
7. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik
Posted by omeyza at 5:49 AM 0 comments
AKTIVITI 6 – TUGASAN 4 – MINI KT
KEKUATAN pengajaran subjek Perdagangan adalah seperti berikut:
1. Guru membuat demonstrasi apabila mengajar sesuatu topik misalnya tajuk system barter.
2. Guru memberi contoh-contoh yang membolehkan pelajar mudah faham.
3. Sewaktu guru mengajar topik dokumen perniagaan dalam negeri, guru membawa dokumen sebenar yang terlibat seperti cek, invois dan sebagainya.
4. Guru membuat pertandingan kuiz secara berkumpulan
5. Terdapat juga guru yang membawa keratan akhbar yang berkaitan untuk dibincangkan.
Posted by omeyza at 5:44 AM
Friday, November 20, 2009
AKTIVITI 5 – TUGASAN 1 BUKU & TUGASAN 4 MINI KAJIAN
MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan???
1. Untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kualiti amalan pengajaran guru seterusnya kualiti pendidikan negara.
2. Mengembangkan kemahiran menyiasat guru disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran.
3. Untuk mendapatkan idea-idea dan sentiasa mencari strategi-strategi baru dalam pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
4. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan serta mengambil tindakan yang wajar.
5. Supaya guru menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran mereka
6. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan professional mereka.
7. Untuk mengkaji perubahan sikap pelajar serta membantu guru menangani cabaran dan masalah yang timbul di sekolah dengan pelbagai cara dan kaedah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diatasi.
Kami memilih tajuk "Pembelajaran Kooperatif berasaskan bahan maujud bagi Subjek Perdagangan" kerana melalui pendekatan pembelajaran kooperatif, ianya akan dapat:
meningkatkan kemahiran belajar dari segi akademik mahupun kemahiran sosial pelajar.
Memberi peluang pelajar membuat keputusan
Meningkatkan lagi semangat/minat untuk belajar dan keazaman untuk mencapai kejayaan dari segi akademik
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif
Meningkatkan keyakinan diri pelajar
Mewujudkan kepelbagaian dari segi teknik pembelajaran
Mewujudkan rasa tanggungjawab pelajar dan memupuk sikap kerjasama
Tumpuan kepada kejayaan setiap individu
Di samping itu, aplikasi penggunaan bahan maujud boleh memberikan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Penggunaan bahan maujud juga dapat meningkatkan kretiviti, motivasi dan daya ingatan pelajar. Pelajar juga akan rasa lebih seronok dan memberikan lebih tumpuan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan melalui pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan maujud dalam subjek perdagangan.
Posted by omeyza at 8:21 PM 0 comments
Saturday, November 14, 2009
TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN
Pembelajaran Kooperatif ialah teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Keperluan pertama dalam struktur pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah pelajar perlu percaya bahawa mereka ”sink & swim together”. Dalam pembelajaran kooperatif juga, pelajar mempunyai dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberi dan mamastikan semua ahli mempelajari bahan yang diberi.
Kumpulan kooperatif ini perlu dibentuk berasaskan kombinasi antara tahap kemahiran akademik, minat, personaliti dan kemahiran sosial. Kumpulan selalunya terdiri daripada pelajar berbagai tahap pemikiran, untuk membolehkan mereka saling menyokong antara satu sama lain.
Terdapat lima ciri-ciri / unsur dalam pembelajaran kooperatif (Johnson & Johnson 2004) adalah seperti berikut:
KENAPA SAYA MEMILIH TAJUK INI?
TUJUAN :
1. Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dan secara berkumpulan.
2. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seorang pelajar itu bekerja secara bersendirian dan juga penggunaan bahan maujud akan meningkatkan kefahaman pelajar.
3. Untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar apabila belajar secara berkumpulan
4. Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar apabila pelajar belajar dan bekerjasama secara berkumpulan untuk memastikan kefahaman setiap ahli kumpulan.
5. Untuk meningkatkan kemahiran belajar dari segi akademik mahupun kemahiran sosial pelajar
6. Untuk memberi peluang pelajar membuat keputusan
7. Untuk meningkatkan lagi semangat/minat untuk belajar dan keazaman untuk mencapai kejayaan dari segi akademik
8. Untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif apabila pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan melalui pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan-bahan maujud.
9. Untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar
10. Untuk mewujudkan kepelbagaian dari segi teknik pembelajaran
11. Untuk mewujudkan dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab pelajar dalam menjalankan aktiviti kelas dan memastikan kefahaman rakan kumpulan yang lain.
12. Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Posted by omeyza at 2:30 PM 0 comments
Sunday, November 8, 2009
AKTIVITI 1: TUGASAN 1: APA ITU KAJIAN TINDAKAN
TAJUK BUKU : DOING ACTION RESEARCH IN EARLY CHILDHOOD STUDIES (A STEP BY STEP GUIDE)
PENGARANG : GLENDA MAC NAUGHTON AND PATRICK HUGHES
TERBITAN : THE MC GRAW HILLS COMPANIES, 2009
MAKSUD KAJIAN TINDAKAN
Posted by omeyza at 11:02 AM 0 comments