? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 31, 2009

AKTIVITI 3 - Tugasan 3 - Ulasan Kolokium 1

Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembelajaran koperatif
Oleh:
Nurwahidah Zolkiflee P48641
Noor Iezura Ab. Aziz P48689

SMK Seri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri.

OBJEKTIF KAJIAN

1) untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 3 dan 4 terhadap mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
2) menambah keyakinan diri dalam kalangan pelajar semasa perbentangan hasil kerja kumpulan
3) menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan sesuatu tugasan.

PERSOALAN KAJIAN
1) Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan?
2) Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar?
3) Adakah kaedah pembelajaran koperatif juga dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah?

METODOLOGI
1) Rancang
2) Laksana
3) Pengumpulan Data dan analisis data
4) Refleksi dan penambahbaikan

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah melalui :
1) Hasil pemerhatian -Pertambahan minat pelajar, libatkan diri secara aktif
2) Hasil kerja kumpulan – semakin baik
3) Temubual dengan pelajar- lebih berminat, tidak mengantuk, lebih menarik, tidak bosan
4) Refleksi dan Penilaian – debat isu yang menarik, video

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KAJIAN
1) Arahan yang lebih jelas
2) Peruntukan masa yang betul
3) Mengumpul hasil kerja pelajar lebih banyak
4) Rakaman video/kamera kurang berkesan (terdapat pelajar berpura-pura)
5) Kajian perlu dijalankan lebih lama (8 sesi tidak mencukupi)
6) Hadkan pemberian hadiah kepada pelajar

APA YANG DAPAT SAYA PELAJARI DARI KAJIAN INI ADALAH:
1) Pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan

2) Pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar

3) Pembelajaran koperatif dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah


KOMEN TAJUK: Merupakan satu kajian tindakan. Cuma, tajuk perlu diubah dari segi susunan ayat iaitu diubah kepada pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan.

Sekian.

Hjh. Shaliza Bt. Hj. Habib Mohamed
P51982

0 comments: