? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 31, 2009

AKTIVITI 3 - Tugasan 3 - Ulasan Kolokium 2

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MEDIA ELEKTRONIK (KLIP VIDEO)

Disediakan oleh:
Siti Sarah Bt Udzir (P48586)
Nur Aznida Bt Talib (P48697)

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Objektif:
• Menggalakkan penggunaan BBM elektronik dalam proses P&P
• Menyediakan proses P&P yang lebih menarik dan berkesan
• Menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas

Persoalan Kajian
• Adakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?
• Adakah penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas?

Metodologi
• Dilaksanakan secara kolaboratif
• Lokasi kajian: Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
• Reflek- Rancang- Bertindak-Memantau
• Pengumpulan data: Penilaian kendiri, soal selidik, pemerhatian, temubual dan kuiz

Dapatan Kajian
• Penilaian kendiri – boleh tarik minat pelajar
• Pemerhatian – pelajar tidak mengantuk, aktif
• Soal Selidik - pelajar berminat
• Temubual – memudahkan pelajar faham, pelajar seronok, berminat
• Kuiz – peningkatan prestasi

Cadangan penambahbaikan
• Video diberhentikan seketika pada bahagian penting untuk guru memberi penerangan lanjut atau untuk menilai pemahaman pelajar dengan bertanya soalan dan meminta pendapat mereka
• Memastikan video yang digunakan mempunyai gambar dan suara yang jelas dan jika di dalam bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan mudah difahami dengan sebutan yang jelas dan tidak terlalu cepat
• Menyediakan tugasan sebelum menayangkan video

APA YANG DAPAT SAYA PELAJARI DARI KAJIAN INI ADALAH:
• Penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar
• Penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas


Sekian.

Hjh. Shaliza Bt. Hj. Habib Mohamed
P51982

AKTIVITI 3 - Tugasan 3 - Ulasan Kolokium 1

Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembelajaran koperatif
Oleh:
Nurwahidah Zolkiflee P48641
Noor Iezura Ab. Aziz P48689

SMK Seri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri.

OBJEKTIF KAJIAN

1) untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 3 dan 4 terhadap mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
2) menambah keyakinan diri dalam kalangan pelajar semasa perbentangan hasil kerja kumpulan
3) menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan sesuatu tugasan.

PERSOALAN KAJIAN
1) Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan?
2) Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar?
3) Adakah kaedah pembelajaran koperatif juga dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah?

METODOLOGI
1) Rancang
2) Laksana
3) Pengumpulan Data dan analisis data
4) Refleksi dan penambahbaikan

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah melalui :
1) Hasil pemerhatian -Pertambahan minat pelajar, libatkan diri secara aktif
2) Hasil kerja kumpulan – semakin baik
3) Temubual dengan pelajar- lebih berminat, tidak mengantuk, lebih menarik, tidak bosan
4) Refleksi dan Penilaian – debat isu yang menarik, video

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KAJIAN
1) Arahan yang lebih jelas
2) Peruntukan masa yang betul
3) Mengumpul hasil kerja pelajar lebih banyak
4) Rakaman video/kamera kurang berkesan (terdapat pelajar berpura-pura)
5) Kajian perlu dijalankan lebih lama (8 sesi tidak mencukupi)
6) Hadkan pemberian hadiah kepada pelajar

APA YANG DAPAT SAYA PELAJARI DARI KAJIAN INI ADALAH:
1) Pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan

2) Pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar

3) Pembelajaran koperatif dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah


KOMEN TAJUK: Merupakan satu kajian tindakan. Cuma, tajuk perlu diubah dari segi susunan ayat iaitu diubah kepada pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan.

Sekian.

Hjh. Shaliza Bt. Hj. Habib Mohamed
P51982

Thursday, October 29, 2009

KENAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

Kenapa guru perlu membuat kajian tindakan?

1. Untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu amalan pengajaran guru

2. Mengembangkan kemahiran menyiasat diri sendiri disamping pupuk keinginan memperbaiki pengajaran

3. Memberi kesempatan kepada guru membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.

4. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan professional mereka

5. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan serta mengambil tindakan yang wajar.

6. Supaya guru menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran mereka

7. Meningkatkan kualiti pendidikan negara melalui perubahan

8. Untuk mengkaji perubahan sikap pelajar

9. Untuk merealisasikan wawasan Negara sera mendukung falsafah pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang

10. Untuk pendidikan sepanjang hayat