? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 13 - TUGASAN 4 MINI KT

Tajuk " Pembelajaran Kooperatif Berasaskan Bahan Maujud."

.:: MATLAMAT ::.

Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran
Perdagangan dan Sains

.:: OBJEKTIF KAJIAN ::.

•Menilai tahap kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains.
•Meneroka minat dan kelakuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
•Memantau cara penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan.


.:: PERSOALAN KAJIAN ::.


•Adakah pengajaran berasaskan bahan maujud mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Sains?
•Adakah pembelajaran secara kooperatif boleh meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?


Bahan Maujud

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu bahan asli, bahan awet dan spesimen. Bahan asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Bahan awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.


Pendekatan Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Kooperatif ialah teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seorang pelajar itu bekerja secara bersendirian.
Keperluan pertama dalam struktur pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah pelajar perlu percaya bahawa mereka ”sink & swim together”. Dalam pembelajaran kooperatif juga, pelajar mempunyai dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberi dan mamastikan semua ahli mempelajari bahan yang diberi.

Pembelajaran Kooperatif secara Traditional melibatkan 3-4 orang pelajar yang bekerjasama dalam satu-satu kumpulan untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau projek dimana setiap ahli perlu terlibat bagi menjayakan sesuatu projek / tugasan tersebut. Interaksi samada secara verbal atau bertulis dengan orang lain akan menyumbang kepada kefahaman yang lebih mendalam.


Terdapat lima ciri-ciri / unsur dalam pembelajaran kooperatif (Johnson & Johnson 2004) adalah seperti berikut:
 Kumpulan kecil = 3 – 4 orang sahaja
 Tumpukan kepada tugas yang perlu disempurnakan
 Memerlukan interaksi dan kerjasama kumpulan
 Memberi tanggungjawab kepada individu untuk belajar
 Menyokong pembahagian tugas


Sifat Pembelajaran Kooperatif
Model pembelajaran kooperatif yang tradisional memberikan lima sifat bagi pembalajaran kooperatif (Jacobs, Power, & Loh 2002; Johnson & Johnson 2004) seperti berikut:

Saling bergantungan yang positif
 Pengalaman pelajar pada zaman dahulu adalah lebih kepada bergantungan bersifat negatif iaitu sistem pengurusan yang menggalakkan pelajar bersaing antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan. Persaingan mampu menggalakkan pelajar untuk melakukan yang terbaik untuk berjaya, didalam pembelajaran kooperatif pelajar akan bekerjasama dengan pelajar yang lain untuk sama-sama mencapai kejayaan. Inilah yang dikatakan saling bergantungan yag positif. Saling bergantungan yang positif berlaku apabila mereka percaya bahawa mereka tidak akan berjaya kecuali jika ahli kumpulannya juga berjaya dan mereka mesti bergabung tenaga untuk menyelesaikan tugas yang diberi.

Interaksi bersemuka
 Dalam situasi pembelajaran kooperatif pelajar berinteraksi secara langsung antara satu sama lain untuk berkongsi idea dan pandangan, memberi bantuan dan pertolongan kepada ahli, bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kejayaan ahli

Akauntabiliti individu
 Dalam pembelajaran kooperatif pelajar perlu tahu bahawa dia perlu menyiapkan tugasan dan kerja yang diberikan dan menjadi sebahagian daripada komponen pelengkap kepada tugasan kumpulan untuk memastikan setiap pelajar mempunyai akauntabiliti individu, guru perlu mengenalpasti usaha yang disumbangkan setiap ahli dalam kumpulan, memberi maklum balas kepada individu dan kumpulan serta memastikan setiap ahli bertanggungjawab kepada hasil akhir sesuatu tugasan.


Kemahiran bersosial (kemahiran Interpersonal dan kumpulan kecil)
 Pembelajaran kooperatif memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran interpersonal untuk berjaya di sekolah, di tempat kerja dan masyarakat. Sebagai guru anda perlu bergerak aktif mengajar dan memantau kegunaan kemahiran sosial anda perlu mengajar kemahiran sosial pada setiap hari, meminta pelajar untuk mempraktikkan sesetengah kemahiran dalam kumpulan kooperatif mereka dan meminta pelajar memberi maklum balas atas proses interaksi dan sosial (Abruscato 1994; Kagan 1999; Wolford, Heward & Alber 2001).

Proses penilaian kumpulan
 Kumpulan perbincangan pelajar perlu menilai untuk melihat sejauh mana kumpulan mencapai matlamat, apakah tindakan yang akan membantu kumpulan mereka dan bagaimana berinteraksi di dalam kumpulan. Mereka perlu menyatakan penilaian ini dengan jelas semasa perbincangan kelas atau mengemukakan kepada guru dalam bentuk laporan yang lengkap. Pelajar juaga perlu mempunyai cara terbaik untuk mengemukakan masalah kumpulan kepada guru. Sebagai guru anda perlu membuat perancangan untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah dan konflik.