? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 14, 2009

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

TAJUK : PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN BAHAN MAUJUD


Pembelajaran Kooperatif ialah teknik pembelajaran berasaskan pendekatan kumpulan kecil untuk mengajar pelajar supaya bertanggungjawab kepada pencapaian individu dan juga kumpulan. Keperluan pertama dalam struktur pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah pelajar perlu percaya bahawa mereka ”sink & swim together”. Dalam pembelajaran kooperatif juga, pelajar mempunyai dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberi dan mamastikan semua ahli mempelajari bahan yang diberi.

Kumpulan kooperatif ini perlu dibentuk berasaskan kombinasi antara tahap kemahiran akademik, minat, personaliti dan kemahiran sosial. Kumpulan selalunya terdiri daripada pelajar berbagai tahap pemikiran, untuk membolehkan mereka saling menyokong antara satu sama lain.

Terdapat lima ciri-ciri / unsur dalam pembelajaran kooperatif (Johnson & Johnson 2004) adalah seperti berikut:
** Kumpulan kecil = 3 – 4 orang sahaja
** Tumpukan kepada tugas yang perlu disempurnakan
** Memerlukan interaksi dan kerjasama kumpulan
** Memberi tanggungjawab kepada individu untuk belajar
** Menyokong pembahagian tugas

KENAPA SAYA MEMILIH TAJUK INI?

TUJUAN :

1. Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dan secara berkumpulan.

2. Bekerja bersama dengan orang lain akan menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam berbanding jika seorang pelajar itu bekerja secara bersendirian dan juga penggunaan bahan maujud akan meningkatkan kefahaman pelajar.

3. Untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar apabila belajar secara berkumpulan

4. Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar apabila pelajar belajar dan bekerjasama secara berkumpulan untuk memastikan kefahaman setiap ahli kumpulan.

5. Untuk meningkatkan kemahiran belajar dari segi akademik mahupun kemahiran sosial pelajar

6. Untuk memberi peluang pelajar membuat keputusan

7. Untuk meningkatkan lagi semangat/minat untuk belajar dan keazaman untuk mencapai kejayaan dari segi akademik

8. Untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif apabila pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan melalui pendekatan pembelajaran kooperatif berasaskan bahan-bahan maujud.

9. Untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar

10. Untuk mewujudkan kepelbagaian dari segi teknik pembelajaran

11. Untuk mewujudkan dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab pelajar dalam menjalankan aktiviti kelas dan memastikan kefahaman rakan kumpulan yang lain.

12. Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

0 comments: